|
DARI MEJA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN D’MILLION

ASSALAMUALAIKUM WRT DAN SALAM
SEJAHTERA!
Alhamdulilah,Segala puja dan
puji kutitipkan Kehadhirat Allah swt,serta selawat dan salam ku
ucapkan kepada Baginda Rasullullah s.a.w. Muhammad Ibni
Abdullah.Syukur dan terima kasih ku Ucapkan kepada Tuhan Yang Maha
Agung, kerana tidak jemu jemu memberikan peluang kepada HambaNya yang
Doif ini untuk mencipta lagi satu ‘Lembaran Sejarah Dunia
PERNIAGAAN’ seperti mana yang DIA telah berikan kepada Ratusan Juta
HambaNYA di dunia ini untuk berbuat demikian.
Salam perjuangan! Salam luarbiasa Ku ucapkan kepada semua keluarga
besar “D’Million Group” kerana sudi bersama melayarkan bahtera
perjuangan ini untuk memberikan kebaikan kepada semua insan yang
terlibat di seanterio Dunia pada masa akan datang.Wahai Saudaraku
orang susah! Jangan anda bersedih hati dengan ujian kesusahan yang
menimpa saudara,kerana pada saya,sedikit masa lagi anda akan
berpeluang menjadi ‘Orang senang’ bukankah Allah swt telah berjanji
selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan,yang penting kita
berusaha sampai dapat,buat sampai jadi! Ingatlah tugas anda hanya
‘banyakan doa,banyakkan Usaha,tingkatkan ikhtiar dan bertawakkal’
keputusan hanya ada padaNYA.
Wahai saudaraku! Kumpulan D’Million ni bukanlah besar sangat! Tapi
kita bermain digelangang orang orang besar,sebab itu kita Berjaya
mencipta nama walaupun belum setahun jagung kita melangkah,bayangkan
apa akan terjadi pada kita sekiranya sistem yang kita ada pada hari
ini,melangkau lagi jauh kehadapan?pastinya ramailah di kalangan
keluarga kita mengecapi kemanisan hidup seperti yang mereka impikan
selama ini.Apa yang penting,kita kena buat perancangan yang
jelas,buat seperti yang dirancang,perbaiki diri,istiqamah dan
tingkatkan kasih sayang,percayalah kejayaan pasti milik kita..
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
“Buat Sampai dapat,buat Sampai jadi”
YG BHG TUAN AZMAN BADDIT
PROFAIL
SYARIKAT
D’Million Worldwide Sdn Bhd
NO PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT - CO. NO. 815818-T
SETIAUSAHA SYARIKAT
TNK MANGEMENT Sdn Bhd
MODAL BERBAYAR
RM1000,000.00
MODAL DIBENARKAN
RM10,000,000.00
PANEL BANK
1. HSBC BANK
AC. NO : 092160746021
JLN GAYA KOTA KINABALU,SABAH
-----------------------------------------------------------------------------
LATARBELAKANG
SYARIKAT
D’Million Worldwide
Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat korporat pada
00 00 2009 dibawah Akta Syarikat Malaysia (Suruhanjaya Syarikat
Malaysia) dengan No Pendaftaran 815818-T.
D’Million Worldwide Sdn Bhd,merupakan sebuah Syarikat Anak jati
Malaysia, diasaskan di Kota Kinabalu Sabah, ditunjungi oleh
Pengasas-pengasas berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan serta
memiliki kepakaran dibidang masing-masing untuk melahirkan sebuah
syarikat korporat yang berdaya saing demi mencapai misi dan visi
syarikat di Arena Tempatan dan Global.
D’Million Worldwide Sdn Bhd, diawal penubuhannya memiliki modal
berbayar sebanyak RM100,000 kini telah meningkatnya kepada
RM1,000,000 dan modal dibenarkan RM10,000,000.
Syarikat ini mempunyai
pejabatnya sendiri di Alamat Suite A,Tingkat 4-7,blok A, Plaza
Tanjung Aru, Jalan Matsalleh, 88100 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
D’Million Worldwide Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat pemasaran
yang menjual perbagai produk pengguna seperti Minyak
pelincir,miknyak wangi dan lain lain. Disamping memasarkan produk
syarikat juga menawarkan kursus, latihan dan program bimbingan
usahawan dengan memberikan pakej pakej latihan yang boleh membantu
orang ramai untuk menjadi usahawan yang berjaya.
D’Million Worldwide Sdn Bhd. percaya dengan mengamalkan konsep
M.B.C.(Multi Business Concept) seperti Trading, Wholesale,
Franchaise dan Networking. Ia akan berkemampuan untuk memasarkan
produknya dengan mudah dan efisien. Dengan adanya sistem M.B.C.kami
yakin boleh membantu anda untuk menjana pendapatan ‘Extra’ demi
kesejeteraan hidup bersama di masa hadapan
SEJARAH
SYARIKAT
D’Million Worldwide
Sdn Bhd,telah direka cipta hasil daripada Garapan Idea Para
pengasasnya,pengalaman pakar pakar industri Trading dan Networking
serta kawan-kawan yang terlibat didalam industri Jualan langsung
yang telah berkecimpung sejak sekian lamanya.
Dengan mengambil kira
potensi produk, pasaran, persaingan, strategik dan permasalahan yang
berlaku kepada pengamal industri jualan dan nerworking serta
perkembangan industri masa kini, maka lahirlah DMillionGroup.com
dengan Izin Tuhan, kami akan memastikan setiap tindakan yang
dilakukan hendaklah melalui proses ‘kaji selidik’ secara serius,
agar ‘Wadah perjuangan ini’ menjadi solusi atau pilihan kepada
pengiat industri trading, wholesale, networking dan direct selling
di dalam merealisasikan impian mereka.
Kota Kinabalu, Sabah dipilih sebagai lokasi kelahirannya kerana ia
merupakan pusat atau ‘Lubuk industri jualan langsung dan trading’
bagi mendominasikan pasaran tempatan. Dengan adanya produk yang
bertaraf dunia serta berbekalkan perancangan yang teliti, tindakan
yang berterusan, bimbingan yang berpanjangan, D’Million Worldwide
Sdn Bhd akan menjadi peneraju konsep M.B.C. di Malaysia, Izin Tuhan
seterusnya pemasaran Global dalam jangkaan masa tidak sampai 5 tahun
penubuhannya.
SEJARAH
SYARIKAT
1. Kepada Negara
Adalah menjadi tanggungjawab kami, sebagai sebuah syarikat Korporat
anak jati Malaysia, ingin menyahut seruan kerajaan Malaysia, iaitu
membekalkan produk yang bertarap Global dengan harga yang
berpatutan, disamping memberikan ruang dan peluang kepada Masyarakat
Umum untuk menjana pendapatan ekstra.
2. Kepada Agen dan Pelanggan
Sebagai Sebuah Syarikat Korporat yang mementingkan kepuasan kepada
setiap Agen dan pelanggan, akan bertekad untuk sentiasa mengkaji,
mencari dan mengenalpasti setiap produk dan perkhidmatan yang
diberikan menepati kehendak Agen dan pelanggan kami agar mereka
menikmati perkhidmatan yang terbaik dari pihak Syarikat dari masa
kesemasa.
WAWASAN
Menjadi Peneraju konsep perniagaan M.B.C. yang terunggul dirantau
ini adalah matlamat utama pembentukan Syarikat,dengan berbekalkan
pengalaman,ilmu pengetahuan,perancangan yang jelas,plan tindakan dan
bimbingan yang berterusan serta disokong oleh Gabungan Tenaga
tenokrat yang mempunyai kepakaran dibidang masing masing ini boleh
menyumbang kepada jaminan kesetiaan pelanggan terhadap kualiti
produk serta perkhidmatan agar dapat melahirkan rasa kesefahaman dan
keselarasan didalam setiap tindakan dalam memastikan kedudukan
syarikat sentiasa teguh dan Unggul dimasa hadapan.
POTENSI
PASARAN
D’Million Worldwide Sdn Bhd,MEMILIKI PASARAN YANG JELAS BERDASARKAN
KEPADA BEBERAPA FAKTOR BERIKUT :
- Memiliki produk yang bertarap
antarabanagsa,dengan harga yang cukup berpatutan
- Rancangan perniagaan yang
jelas berdasarkan kaji selidik yang dibuat dari masa ke semasa
- Kaedah Pemasaran yang
unik,melalui konsep M.B.C.(Multi Business Concept) realistic,
mudah diadaptasikan serta dicapai merupakan senjata utama
Kumpulan D’Million menerajui pasaran dimasa hadapan
- Pihak syarikat D’Million
Worldwide Sdn Bhd, sendiri membuat kerjasama dengan pihak ketiga
melalui aktiviti promosi dan usahasama dari masa ke semasa
- Pihak Syarikat D’Million
Worldwide Sdn Bhd, telah memperuntukan budjet promosi dan iklan
serta latihan dari masa ke semasa
- Mewujudkan ruang dan peluang
kepada mereka yang ingin menjadi usahawan,walaupun tanpa
pengalaman didalam bidang perniagaan,ini kerana pihak syarikat
telah menyediakan modul modul latihan Usahawan dari masa ke
semasa
KAEDAH
MENEMBUSI PASARAN
- D’Million Worldwide Sdn
Bhd,akan menggunakan segala kepakaran, kemampuan serta
pengalaman lampau dan kaedah mendatang untuk mendominasikan
pasaran tempatan dan nasional dari masa ke semasa
- Selain menggunakan kaedah
konvensional atau OFFLINE, pihak D’Million Worldwide Sdn Bhd
akan menggunakan fasiliti teknologi ONLINE dan bidang
konsultasi bagi memantapkan lagi kedudukan syarikat di masa
hadapan
- Merancakkan aktiviti
promosi dan iklan melalui media elektronik,media
cetak(seperti TV,Radio,Surat Khabar,Risalah,Kain Rentang,dan
bunting)
- Melantik lebih banyak lagi
Bengkel untuk memasarkan produk keluaran D’Milllion
Worldwide Sdn Bhd di seluruh Malaysia khasnya dan di seluruh
Negara Asia Amnya.
- Melantik lebih Ramai Agen
jualan di seluruh Malaysia khasnya dan di seluruh Negara
Asia Amnya
- Bermula pada tahun
2011,pihak Syarikat D’Million Worldwide Sdn Bhd,akan
memasuki pasaran jentera berat khasnya untuk kegunaan
industri.
- D’Million Worldwide Sdn
Bhd,akan memasuki pasaran kerajaan,badan berkanun,Agensi
swasta,syarikat GLC,Koperasi,pertubuhan dan persatuan
persatuan.
- Membuka D’Million Auto
service di seluruh Malaysia, berasaskan system Franchaise
SASARAN
PASARAN
- Mereka yang ingin
menjana pendapatan didalam industri Trading/networking
- Mereka yang ingin
menjadi saudagar minyak pelincir dan minyak wangi
- Mereka yang terlibat
didalam industri ini tetapi masih buntu menemui formula
untuk sukses
- Mereka yang pernah
gagal atau ‘Mual’ dengan peluang peluang perniagaan yang
ada
- Mereka yang memiliki
kenderaan diseluruh Malaysia
- Koperasi,persatuan
teksi,bus dan pertubuhan bukan kerajaan
- Mereka yang berumur 18
tahun keatas serta pelajar kolej dan universiti
PESAING DAN PERSAINGAN
Ditengah kerancakkan D’Million Worldwide Sdn Bhd,
menyemarkkan industry M.B.C. dan produk utamaya ,
D’Million Power Motor Oil dan d’Million Perfume,
beberapa pesaing yg merupakan Syarikat gergasi sejak
sekian lama bergelanggang merupakan kayu ukur tahap
kejayaan pihak D’million Worldwide Sdn Bhd
Pihak D’million Worldwide Sdn Bhd,telah mengenal pasti
beberapa aspek yang perlu dititik beratkan untuk
dilaksanakan demi menjamin pertumbuhan yang positif
Syarikat D’Million Worldwide Sdn Bhd Antaranya :
1. Mengenal pasti kekuatan aspek aspek pengurusan yang
mantap,strategik pemasaran yang praktikal, barisan
peminpin yang produktif dan kakitangan yang Efisian
serta mesra pelanggan
2. Menawarkan produk yang dapat ‘menawan hati pengguna’
dari segi kualiti,harga dan ‘advantage’ yang disediakan
oleh Syarikat
3. Merancakkan lagi aktiviti promosi,kempen,dan pakej
pakej galakan kepada Agen dan Pengguna, seperti ‘beli
dan menang’, beli dan melancong dan lain lain lagi.
GAMBAR KILANG

|